SEJARAH KAMI

DITUBUHKAN SEMENJAK TAHUN 2000

VISI

Menjadi lokasi santai dan istirehat sambil menikmati hidangan yang lazat dan menepati citarasa dengan diiringi alunan muzik tradisional.

MISI

Memberikan kepuasan yang tidak terhingga rasa authentic masakan masyarakat Negeri Sembilan dan kesetiaan kepada para pelanggan kami dengan hati yang gembira.

SEJARAH PERMULAAN

Warung Salai telah ditubuhkan pada tahun 2016 di Port Dickson, Negeri Sembilan. Bermula dengan penghantaran makanan dari rumah ke rumah di sekitar Port Dickson, Melaka dan Lembah Klang. Warung Salai kini dikenali sebagai salah satu restoran yang popular dengan sajian Masak Lemak Cili Api.

Kini, syarikat ini diuruskan oleh Warung Salai Sdn Bhd, salah sebuah syarikat makanan dan minuman persendirian yang mana mempunyai lima buah restoran dan membuat perkhidmatan katering serta penghantaran makanan dari rumah ke rumah di sekitar Port Dickson.

Dengan pengalaman dalam industri ini yang lebih daripada 19 tahun, kami menyediakan perkhidmatan yang mahir dan persis lima bintang. Penyediaan makanan juga adalah mengikut prosedur yang ditetapkan. Kami hanya memilih bahan mentah yang segar dan berkualiti sebagai bahan masakan serta menggunakan cara masakan tradisional melayu. Kami menyediakan hidangan yang mempunyai rasa dan keistimewaan tersendiri bagi memastikan setiap majlis berjalan lancar.

Fokus perniagaan kami adalah untuk memastikan pelanggan pulang dengan kepuasan selepas menikmati hidangan kami. Kepuasan pelanggan adalah yang paling utama justeru itu, kami sentiasa menitikberatkan segala maklumbalas pelanggan kerana setiap testimoni dan aduan daripada pelanggan sangat penting untuk menjadikan syarikat kami bertambah maju di masa hadapan.

warung salai

galeri gambar

Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami.

KONGSIKAN PENGALAMAN ANDA

LAWATI LAMAN SOSIAL KAMI

Open chat
1
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Boleh kami bantu?